Monday, March 30, 2020

Catatan Harian 30 Mac 2020 - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Assalamualaikum,

Seperti hari-hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Tidur selalu lambat, bangun pun kadang-kadang lambat juga.

Jadinya, apa kita nak cerita hari ini.

Secara ringkas, cerita makan apa dan buat apa sahaja lah.

Untuk Sarapan tadi, aku masak :-

  • telur Sunny Side Up 2 biji
  • Tomato Cherry 5 biji
  • Salad 2 keping
  • Roti Wheatmeal 2 keping dan 
  • Kopi Nescafe Latte Tropical Paradise 1 cawan. Kopi pun memilih, nak yang ada rasa buah-buahan sahaja.
Maaf la gambar tiada.


Disambung dengan buka laptop, baca email, reply email sambil dengan muzik dari Spotify .

Dah kalau jemu dengar lagu, kita layan video makan-makan dekat Padu Beb Studios.

Kalau nak tahu, aku tengah layan video kat bawah ni la. Layan beb.



Okey.. Nasi beriyani dah masak.
Nak pergi makan pula yer.


Sunday, August 18, 2019

LIGA KRS 2019 – SEBUAH PERJALANAN


Entah macam mana tahun ni aku terlibat pulak untuk bantu tolong Staroba Rugby..

Selalunya aku main jer.. itu pun team veteran.
Tapi biasa la.. kalua tak menyibuk bukan aku la..
Menyibuk turun training.. acah2 macam main.
Menyibuk turun gym.. padahal buat separuh jer.
Menyibuk tanya itu ini.. padahal acah amik berat.
Kah kah kah..
Tapi..
Sejak game 1 hingga game terakhir semalam.. tak miss lagi berada di padang Bersama team.

Alang2 aku share je lah result.

Match #1 STAROBA (21) – (35) KL Tigers
Match #2 STAROBA (39) – (8) UPNMMatch #3 STAROBA (25) – (17) Kelleys
Match #4 STAROBA (27) – (3) Rhino Warriors
Match #5 STAROBA (3) – (17) UiTM Lions Match #6 STAROBA (12) – (33) RSC Dogs
Match #7 STAROBA (14) – (22) PSA
Match #8 7/8th Placing Liga KRS STAROBA (21) – (21) Cobra

Menang – 3
Seri - 1
Kalah – 4

Tiap-tiap minggu ada game (raya takde la.. jangan lurus sangat la.)

Sampai orang rumah dah tukar soalan.. Kalau dulu .. “Kita ada pape tak minggu ni?” sekarang.. “Main ragbi ke tolong team ragbi minggu ni?”.. Nampak tak? Disebalik kekuatan seorang tukang bawak air (upgrade sket dah.. bawak spray sekali).. ada isteri yang memahami (baca:redha) kesukaan suami.

Kadang-kadang penat juga tolong manage team ni. Kenapa penat? Ala.. simple.. you deal dengan orang.. orang kalau seorang dua senang.. kalau ramai.. tak ke ramai kepala dan peelnya.. hadap je dengan hati yang tenang.. senyum.. gelak..

Semakin lama semakin ramai yang aku kenal dan mengenali aku. Buat apa cari lawan kalau boleh dapat kawan.. yer tak? Tokay Kantin Poli la.. Abam Photograhper la..Player-player junior la.. senior-senior yang lain la termasuk Brother kedai Aceh tempat aku selalu beli ais.

Rasa penat tu hilang tau tak masa bila?
Masa menang game.
Masa team main cantik.
Masa air, strapping, ais dan segala keperluan dah ada.
Masa takde player injured.

Itu pun dah cukup happy kot.. tapi bukan selalu dapat happy tue..
Kalau player turun tak ramai.. sedih juga..
Kalau referee macam tak best je decision dia.. tak best juga..
Kalau opponents pun main ganas sangat.. risau juga ada yang injured.
Kalau supporters pun berapa kerat jer.. down juga..
Tulis Panjang-panjang kan korang suruh lukis plak. Haha..
Kita tinggalkan sedikit pesanan.. membantu ni ada macam macam cara.. bantuan kewangan boleh.. bantu untuk main untuk team boleh.. bantu dengan laungkan masa untuk training sama-sama pun boleh.. nak bantu bagi makan pun boleh.. ada yang bantu dengan bagi pakaian free .. bantu provide gym session pun ada.. bantu bawak kuaci dan pisang pun okey je..
Tengok macam aku.. bantu bawak air acah acah busy sebagai ketua kelab penyokong..
Apa ada hal.. nama pun :-

One Game. One Family. One Team.

Regards,
Abam Joko

Ikut rapat rapat saya di FB : Muhammad Hifzaili

SHE IS MY SISTER

Sejujurnya tiada orang lain yang aku paling sayang selain kakak aku yang seorang ini.

Dia Hifzaila, aku Hifzaili.
Dia kakak, aku adik.
No tepon dia blakang 4, aku 3.
Dia rendah, aku tinggi.
Dia bongok, aku 2 kali bongok. Haha

Don't talk rubbish.. eh ayat arwah bapak aku.

When I need a shoulder to cry on. She always give more than the shoulder.

Tapi masalahnya until now dia dok anggap aku macam budak tadika.. haha.. aku kan tak tua tua.

Kakak aku juga selalu cakap, "Li, hang tulis la buku, cerita2 hang dari kecik sampai besaq ni macam2 hang lalui, bukan cerita biasa biasa tue".

Tapi dia bukan ingat yang dia pun lagi susah payah dari aku..
Makan share sepinggan tu selalu dah.

Mujur la dia kahwin.. kalau dak, senak perut aku nak pikiaq masa depan dia..

Bonzer dia aku.
Teman tgk wayang dia aku.
Dia pi event lari, aku kena jugak.
Dia nak menikah, aku juga tukang susun majlis.

Haha..
Aku tak pandai tulis macam kak aku.
Dia lagi hebat.

Tapi sapa lagi nak tulis pasai dia kalau bukan aku.. kan kan kan.

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR SISTER.

Jangan cakap saiya tarak payung.. payung kaler diraja lagi tu..

From,
Your Little Brother.



Kalau teringin nak komen, silalah ke :-

Wednesday, May 22, 2019

Berapa Cepat Wang Berganda : Rule 72

Assalamualaikum,

Pernah tak ada terfikir, kalau anda ada RM 300,000.00 , dan anda nak gandakan wang tersebut menjadi RM 600,000.00. Anda tahu berapa lama masa diambil untuk wang digandakan?

Nak tahu cara yang pelabur-pelabur guna, bankers-bankers guna serta fund manager guna?
Nak ke Nak?

Rule of 72

Menurut Investpedia :-

The Rule of 72 is a quick, useful formula that is popularly used to estimate the number of years required to double the invested money at a given annual rate of return 
Formula Rule of 72 = 72 / Kadar Pulangan
Jumlah yang akan kita dapat itu adalah Tahun Perlaburan yang diperlukan.

Contoh -
Kadar Pulangan = 12%

Berapa tahun untuk kita gandakan wang kita?

Tahun Pelaburan = 72 / 12%
Tahun Pelaburan = 6 Tahun.

Andai anda ada RM300,000.00 , anda memerlukan 6 tahun untuk mendapatkan RM 600,000.00.

Mudah sahaja kan?

Kalau masih tak faham, usah rumit-rumit kan kepala tue , buzz me at 019-4603093.

Ni ha, ada video pasal Rule 72. Nak lukis tak pandai.

Selamat Berbuka Puasa.
18 Ramadan 1440H.
Stesen Service Perodua Wangsa Maju.








Kesesakan Lalulintas Menuju Sg. Buloh

Assalamualaikum..

Bertarikh 11hb Mei 2019.

Kalau disebut kesesakan lalulintas dari Pasir Panjang menuju Sg Buloh. Anda tidak dapat lari dari laluan antara Sekinchan hingga Kuala Selangor yang peluang kesesakan lalulintas amatlah tinggi.

Mungkin faktor utama malam ini sesak adalah :-
1. Jemaah bertolak pulang ke arah Kuala Lumpur selepas Isyak.
2. Ibu Bapa hantar anak-anak masuk asrama selepas berbuka.
3. Kebanyakan orang Lembah Kelang kampung mereka dari arah selatan Perak, Sabak Bernam, Sg Besar dan sekitarnya.
4. Jalan empat lorong.
5. Trafik light.
6. Keadaan jalan yang tidak sempurna.

Mungkin ada faktor faktor lain tapi itu antara yang saya rasa. Bertolak pukul 9.30 malam.. tapi pukul 10.36 malam baru di Tanjong Karang. Lama lagi la jawabnya.

Updates
Sampai Sg Buloh 12.36am. Tahniah.

Ditulis sementara isteri tengah memandu. :)

Evernote : Bukan Nota Biasa

Assalamualaikum,

Dalam urusan seharian, kita selalu ada banyak perkara yang hendak dilakukan kan? ada idea yang datang dalam kita melaksanakan sesuatu kan? Contohnya, tiba-tiba teringat nak masak Mee Kari, tapi tak ingat bahan apa yang belum cukup untuk dibeli.

Saya la selalu ada masalah macam itu. Jadi,hari ini saya cuma nak share satu aplikasi yang saya selalu guna dalam urusan seharian. Almaklumlah, manusia ini kan dilahirkan pelupa, kalau dah tulis susah la nak lupa.

Aplikasi yang dimaksudkan adalah Evernote .

Jom kita lihat apa kelebihan aplikasi ini :-

  1. Web Clipper - Boleh save web pages, artikel dan PDF, bila anda install Evernote, sambil buka web itu ini, kalau anda rasa menarik, terus je save dalam Evernote, bila offline pun anda boleh tengok apa yang anda save. Jangan salah paham dengan bookmark pages pulak, bookmark itu macam konsep penanda buku, dia simpan alamat sahaja, bukan isi dalam.
  2. Multi-devices - Nak buka dekat laptop? Boleh. Nak buka dekat smartphone? Boleh. Nak buka guna web application? Boleh. Siap boleh sync data between all the device. Juga boleh buka kalau offline (web tak boleh la, nama pun offline).
  3. Document Scanning - Ini paling saya suka, business card boleh snap, surat - surat boleh snap, snap herot petot pun boleh dibetulkan juga. bagus ke bagus?


Kesimpulannya, jadilah pengguna bijak, haha. Maksud saya, benda boleh tulis, buat apa nak ingat sorang-sorang. haa.. gitu.. Btw, 3 points atas tu cuma kelebihan yang aku suka, ada banyak lagi dan korang patut klik link Evernote untuk tengok sendiri, kehendak orang tak kan sama kan?kalau nak sembang-sembang tanya boleh je email ke Hifzaili tak pun Whatsapp sahaja terus ke Hifzaili la jugak.

Sunday, May 12, 2019

Menjelang Seminggu Ramadan

Assalamualaikum..
Sedar atau tidak, sudah masuk seminggu berpuasa dan pada hari ini, sekali lagi saya saya berbuka puasa bersama Bapa Mertua saya. Dikesempatan ini juga Kakak Ipar berbuka puasa bersama Ibu Mertuanya di Teluk Intan.
Tadi juga kami belikan susu dewasa dan lampin dewasa buat nenek sebelum menjajah pasar ramadan. Biasa la, sakit tua, berak kencing pun susah, selera pun tak datang. So, kita ni tolong la apa yang patut. Tolong teman dan bawak barang ajer la.
Menu hari ni agak meriah walaupun kami berbuka tiga beranak sahaja, saya, isteri saya dan bapa mertua saya.Menyantuni bapa mertua ibarat bapa sendiri kan amatlah dituntut.
Pasar Ramadan Sg Besar yang kami pergi tadi tidak mengecewakan. Apa yang diimpi, semua ada.. Abah nak Tau Fu Fah.. ada.. Isteri nak murtabak .. ada.. saya nak koay teow sup.. ada..
Menu hari ini :-
1. Koay Teow Sup
2. Tauhu Bergedil
3. Lemang dan Rendang Daging
4. Murtabak Ayam dan Daging
5. Air Tebu
6. Air Durian Belanda
7. Lauk semalam pun ada.
8. Buah Kurma
9. Tau Fu Fah
Anda juadah berbuka apa hari ni? Mesti sedap juga kan.
Sambil sediakan juadah berbuka ni. Teringat pula zaman hidup tak berapa senang. Hari hari nasi talam masjid Kepala Batas. Semoga rezeki buat pemberi juadah dulu dulu.