Wednesday, May 22, 2019

Kesesakan Lalulintas Menuju Sg. Buloh

Assalamualaikum..

Bertarikh 11hb Mei 2019.

Kalau disebut kesesakan lalulintas dari Pasir Panjang menuju Sg Buloh. Anda tidak dapat lari dari laluan antara Sekinchan hingga Kuala Selangor yang peluang kesesakan lalulintas amatlah tinggi.

Mungkin faktor utama malam ini sesak adalah :-
1. Jemaah bertolak pulang ke arah Kuala Lumpur selepas Isyak.
2. Ibu Bapa hantar anak-anak masuk asrama selepas berbuka.
3. Kebanyakan orang Lembah Kelang kampung mereka dari arah selatan Perak, Sabak Bernam, Sg Besar dan sekitarnya.
4. Jalan empat lorong.
5. Trafik light.
6. Keadaan jalan yang tidak sempurna.

Mungkin ada faktor faktor lain tapi itu antara yang saya rasa. Bertolak pukul 9.30 malam.. tapi pukul 10.36 malam baru di Tanjong Karang. Lama lagi la jawabnya.

Updates
Sampai Sg Buloh 12.36am. Tahniah.

Ditulis sementara isteri tengah memandu. :)

No comments:

Post a Comment