Wednesday, May 22, 2019

Berapa Cepat Wang Berganda : Rule 72

Assalamualaikum,

Pernah tak ada terfikir, kalau anda ada RM 300,000.00 , dan anda nak gandakan wang tersebut menjadi RM 600,000.00. Anda tahu berapa lama masa diambil untuk wang digandakan?

Nak tahu cara yang pelabur-pelabur guna, bankers-bankers guna serta fund manager guna?
Nak ke Nak?

Rule of 72

Menurut Investpedia :-

The Rule of 72 is a quick, useful formula that is popularly used to estimate the number of years required to double the invested money at a given annual rate of return 
Formula Rule of 72 = 72 / Kadar Pulangan
Jumlah yang akan kita dapat itu adalah Tahun Perlaburan yang diperlukan.

Contoh -
Kadar Pulangan = 12%

Berapa tahun untuk kita gandakan wang kita?

Tahun Pelaburan = 72 / 12%
Tahun Pelaburan = 6 Tahun.

Andai anda ada RM300,000.00 , anda memerlukan 6 tahun untuk mendapatkan RM 600,000.00.

Mudah sahaja kan?

Kalau masih tak faham, usah rumit-rumit kan kepala tue , buzz me at 019-4603093.

Ni ha, ada video pasal Rule 72. Nak lukis tak pandai.

Selamat Berbuka Puasa.
18 Ramadan 1440H.
Stesen Service Perodua Wangsa Maju.








Kesesakan Lalulintas Menuju Sg. Buloh

Assalamualaikum..

Bertarikh 11hb Mei 2019.

Kalau disebut kesesakan lalulintas dari Pasir Panjang menuju Sg Buloh. Anda tidak dapat lari dari laluan antara Sekinchan hingga Kuala Selangor yang peluang kesesakan lalulintas amatlah tinggi.

Mungkin faktor utama malam ini sesak adalah :-
1. Jemaah bertolak pulang ke arah Kuala Lumpur selepas Isyak.
2. Ibu Bapa hantar anak-anak masuk asrama selepas berbuka.
3. Kebanyakan orang Lembah Kelang kampung mereka dari arah selatan Perak, Sabak Bernam, Sg Besar dan sekitarnya.
4. Jalan empat lorong.
5. Trafik light.
6. Keadaan jalan yang tidak sempurna.

Mungkin ada faktor faktor lain tapi itu antara yang saya rasa. Bertolak pukul 9.30 malam.. tapi pukul 10.36 malam baru di Tanjong Karang. Lama lagi la jawabnya.

Updates
Sampai Sg Buloh 12.36am. Tahniah.

Ditulis sementara isteri tengah memandu. :)

Evernote : Bukan Nota Biasa

Assalamualaikum,

Dalam urusan seharian, kita selalu ada banyak perkara yang hendak dilakukan kan? ada idea yang datang dalam kita melaksanakan sesuatu kan? Contohnya, tiba-tiba teringat nak masak Mee Kari, tapi tak ingat bahan apa yang belum cukup untuk dibeli.

Saya la selalu ada masalah macam itu. Jadi,hari ini saya cuma nak share satu aplikasi yang saya selalu guna dalam urusan seharian. Almaklumlah, manusia ini kan dilahirkan pelupa, kalau dah tulis susah la nak lupa.

Aplikasi yang dimaksudkan adalah Evernote .

Jom kita lihat apa kelebihan aplikasi ini :-

  1. Web Clipper - Boleh save web pages, artikel dan PDF, bila anda install Evernote, sambil buka web itu ini, kalau anda rasa menarik, terus je save dalam Evernote, bila offline pun anda boleh tengok apa yang anda save. Jangan salah paham dengan bookmark pages pulak, bookmark itu macam konsep penanda buku, dia simpan alamat sahaja, bukan isi dalam.
  2. Multi-devices - Nak buka dekat laptop? Boleh. Nak buka dekat smartphone? Boleh. Nak buka guna web application? Boleh. Siap boleh sync data between all the device. Juga boleh buka kalau offline (web tak boleh la, nama pun offline).
  3. Document Scanning - Ini paling saya suka, business card boleh snap, surat - surat boleh snap, snap herot petot pun boleh dibetulkan juga. bagus ke bagus?


Kesimpulannya, jadilah pengguna bijak, haha. Maksud saya, benda boleh tulis, buat apa nak ingat sorang-sorang. haa.. gitu.. Btw, 3 points atas tu cuma kelebihan yang aku suka, ada banyak lagi dan korang patut klik link Evernote untuk tengok sendiri, kehendak orang tak kan sama kan?kalau nak sembang-sembang tanya boleh je email ke Hifzaili tak pun Whatsapp sahaja terus ke Hifzaili la jugak.

Sunday, May 12, 2019

Menjelang Seminggu Ramadan

Assalamualaikum..
Sedar atau tidak, sudah masuk seminggu berpuasa dan pada hari ini, sekali lagi saya saya berbuka puasa bersama Bapa Mertua saya. Dikesempatan ini juga Kakak Ipar berbuka puasa bersama Ibu Mertuanya di Teluk Intan.
Tadi juga kami belikan susu dewasa dan lampin dewasa buat nenek sebelum menjajah pasar ramadan. Biasa la, sakit tua, berak kencing pun susah, selera pun tak datang. So, kita ni tolong la apa yang patut. Tolong teman dan bawak barang ajer la.
Menu hari ni agak meriah walaupun kami berbuka tiga beranak sahaja, saya, isteri saya dan bapa mertua saya.Menyantuni bapa mertua ibarat bapa sendiri kan amatlah dituntut.
Pasar Ramadan Sg Besar yang kami pergi tadi tidak mengecewakan. Apa yang diimpi, semua ada.. Abah nak Tau Fu Fah.. ada.. Isteri nak murtabak .. ada.. saya nak koay teow sup.. ada..
Menu hari ini :-
1. Koay Teow Sup
2. Tauhu Bergedil
3. Lemang dan Rendang Daging
4. Murtabak Ayam dan Daging
5. Air Tebu
6. Air Durian Belanda
7. Lauk semalam pun ada.
8. Buah Kurma
9. Tau Fu Fah
Anda juadah berbuka apa hari ni? Mesti sedap juga kan.
Sambil sediakan juadah berbuka ni. Teringat pula zaman hidup tak berapa senang. Hari hari nasi talam masjid Kepala Batas. Semoga rezeki buat pemberi juadah dulu dulu.

Tuesday, May 7, 2019

Melabur dengan Amanah Saham

Assalamualaikum..

Anda pernah dengar Amanah Saham?
Anda pernah melabur dengan Amanah Saham?

Secara kasarnya itu adalah 2 soalan yang akan ditanya kepada setiap prospek. Bukan apa, dari saya cakap

" Tuan, saya Hifzaili, ejen Public Mutual, sudikah Tuan melabur dengan kami?"

Kalau tetiba serbu tanya macam itu, anda nak melabur? Kalau saya memang tak la.

Firstly, kita patut tahu individu itu tahu atau tidak berkenaan Amanah Saham. Tak tahu? Takpe, biar saya terangkan serba sedikit. Amanah Saham atau nama Englishnya Unit Trust adalah satu kaedah pelaburan bagi jangka masa sederhana ke jangka masa panjang. Apa maksud jangka masa sederhana dan panjang itu? Bagi tempoh pelaburan minima tiga tahun ke lima tahun atau lebih lama. Kalau nak jangka pendek, boleh cuba pelaburan Saham.. tetapi risiko nya tinggi.

Secondly, kemana pula duit yang akan dilaburkan? Duit pelabur akan dilaburkan kan fund-fund yang dibuka oleh institusi kewangan seperti Public Mutual contohnya. Fund-fund ini pula akan dilaburkan kedalam pasaran saham atau ke tempat tempat pelaburan yang sah disisi undang-undang, dan bagi saya, saya cuma fokus kepada pelaburan patuh syariah. psss.. nak tahu tak Public Mutual dinamakan "The Most Outstanding Unit Trust Company" pada KLIFF 2019 baru-baru ini.


Seringkas diatas untuk anda ambil tahu berkenaan Amanah Saham. Jadinya, apa yang boleh disimpulkan?

  • Amanah Saham bukan Saham
  • Jangka Masa Sederhana/ Panjang berbanding Jangka Masa Pendek.
  • Patuh Syariah.
  • Patuh Undang-Undang.

Jika anda ingin tahu cara dan bagaimana untuk melabur, caranya senang sekali, klik Saya Nak Tahu.


Monday, May 6, 2019

Seawal 4 Pagi Perjalanan Harian

Assalamualaikum..

Masih segar di ingatan bila mengenangkan saya menghabiskan pengajian Diploma Teknologi Maklumat di Kolej Cosmopoint cawangan Sungai Petani, Kedah.

Setiap hari seawal jam 4.00 pagi saya sudah bangun dan menyiapkan diri untuk membuka kedai mee dan koay teow di Pasar Awam Kepala Batas, Pulau Pinang. Sememangnya saya kena buka awal sebab pukul 5.00 pagi pun sudah ada pelanggan yang menunggu. Ada yang nak masak untuk kantin sekolah, kolej serta kedai-kedai makan yang menyediakan sarapan pagi. Lupa nak beritahu nama syarikat.. MBS Semangat Maju nama nya.

Pada awalnya agak sukar, tetapi bila dah hampir masuk tahun ketiga. Orang kata alah bisa tegal biasa. Menjadi rutin saya jadual harian ini hampir hampir empat tahun juga la.

Dalam masa itu juga, selepas habis kerja dalam pukul 11.00 pagi. Saya akan pulang ke rumah untuk mandi dan seterusnya amik bas untuk ke Kolej. Selalunya saya akan amik kelas petang kerana untuk kelas pagi susah nak pergi awal. Tetapi kalau dah terpaksa ambil kelas pagi, minta kebenaran balik awal dengan boss. Kalau tak boleh elak, datang juga petang, directly jumpa lecturer untuk input semasa kelas. Pentingnya disini adalah bagi semua orang sekililing anda paham situasi anda. Benda boleh mudah, kenapa bikin susah.

Sewaktu kerja dan belajar ni sebenarnya duit bukan ada sangat. Ada satu ketika, terpaksa tangguh semester kerana tak cukup duit nak bayar yuran pengajian. Apa boleh buatkan.. Kita bukan orang senang.

Sampai la satu ketika orang dikampung tanya kenapa dah tak nampak pergi kelas. Saya jawab takda duit nak sambung belajar. Entah bagaimana diorang arrange, dapat la sponsor sebanyak RM 10,000.00 untuk sambung belajar. Sekitar 2005 tu yuran pengajian Diploma saya cuma RM15,000.00++ secara keseluruhan. Memadai la ada orang nak sponsor kan. Dah la cek disampaikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tak kisah dah duit sumber politik. Yang lebih penting habiskan belajar.





Thursday, May 2, 2019

Mengenali Penulis

Assalamualaikum,

1. Nama penuh ikut ic. Nyatakan email.
Muhammad Hifzaili Bin Ahmad Hafni
hifzaili@hotmail.com/hifzaili@gmail.com

2. Pendidikan.
PMR - Penang Free School
SPM - Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
Diploma - Kolej Cosmopoint
Degree - UIAM

3. Pengalaman kerja.
Cashier - Semangat Maju - Jual Mee
Project Manager/Executive - 3F Resources Sdn Bhd
Sales- Tech Data Advanced Solutions (M) Sdn Bhd

4. Pengalaman bisnes.
Jual simkad
Jual mee/koay teow.
Agent Shaklee.
Agent CNI
Agent Insurance Pru BSN Takaful

5. Minat, kemahiran, kepakaran.
Ragbi
Pengurusan Projek
Account Manager ( for IT company)
Bisnes
Kewangan
Leftenan TUDM

6. Buku, genre yang suka dibaca.
Kewangan
Kisah Tokoh Islam
Self-Developement
Non-Fiksyen
Ketenteraan
Kisah Hidup

7. Nyatakan blog, web jika ada.
sihatcergascerdas.wordpress.com
https://bungarayaputih.blogspot.com/
https://projectmanagerstory.blogspot.com/
http://hifzaili.blogdrives.com/


8. Nyatakan matlamat sertai kelas ini.
a. Ingin memperbaiki penulisan agar penyampaian lebih berkesan.
b. Ingin berkongsi secebis ilmu serta pengalaman yang ada.
c. Ingin menambah sumber pendapatan melalui penulisan.