Sunday, May 12, 2019

Menjelang Seminggu Ramadan

Assalamualaikum..
Sedar atau tidak, sudah masuk seminggu berpuasa dan pada hari ini, sekali lagi saya saya berbuka puasa bersama Bapa Mertua saya. Dikesempatan ini juga Kakak Ipar berbuka puasa bersama Ibu Mertuanya di Teluk Intan.
Tadi juga kami belikan susu dewasa dan lampin dewasa buat nenek sebelum menjajah pasar ramadan. Biasa la, sakit tua, berak kencing pun susah, selera pun tak datang. So, kita ni tolong la apa yang patut. Tolong teman dan bawak barang ajer la.
Menu hari ni agak meriah walaupun kami berbuka tiga beranak sahaja, saya, isteri saya dan bapa mertua saya.Menyantuni bapa mertua ibarat bapa sendiri kan amatlah dituntut.
Pasar Ramadan Sg Besar yang kami pergi tadi tidak mengecewakan. Apa yang diimpi, semua ada.. Abah nak Tau Fu Fah.. ada.. Isteri nak murtabak .. ada.. saya nak koay teow sup.. ada..
Menu hari ini :-
1. Koay Teow Sup
2. Tauhu Bergedil
3. Lemang dan Rendang Daging
4. Murtabak Ayam dan Daging
5. Air Tebu
6. Air Durian Belanda
7. Lauk semalam pun ada.
8. Buah Kurma
9. Tau Fu Fah
Anda juadah berbuka apa hari ni? Mesti sedap juga kan.
Sambil sediakan juadah berbuka ni. Teringat pula zaman hidup tak berapa senang. Hari hari nasi talam masjid Kepala Batas. Semoga rezeki buat pemberi juadah dulu dulu.

No comments:

Post a Comment