Wednesday, May 22, 2019

Evernote : Bukan Nota Biasa

Assalamualaikum,

Dalam urusan seharian, kita selalu ada banyak perkara yang hendak dilakukan kan? ada idea yang datang dalam kita melaksanakan sesuatu kan? Contohnya, tiba-tiba teringat nak masak Mee Kari, tapi tak ingat bahan apa yang belum cukup untuk dibeli.

Saya la selalu ada masalah macam itu. Jadi,hari ini saya cuma nak share satu aplikasi yang saya selalu guna dalam urusan seharian. Almaklumlah, manusia ini kan dilahirkan pelupa, kalau dah tulis susah la nak lupa.

Aplikasi yang dimaksudkan adalah Evernote .

Jom kita lihat apa kelebihan aplikasi ini :-

  1. Web Clipper - Boleh save web pages, artikel dan PDF, bila anda install Evernote, sambil buka web itu ini, kalau anda rasa menarik, terus je save dalam Evernote, bila offline pun anda boleh tengok apa yang anda save. Jangan salah paham dengan bookmark pages pulak, bookmark itu macam konsep penanda buku, dia simpan alamat sahaja, bukan isi dalam.
  2. Multi-devices - Nak buka dekat laptop? Boleh. Nak buka dekat smartphone? Boleh. Nak buka guna web application? Boleh. Siap boleh sync data between all the device. Juga boleh buka kalau offline (web tak boleh la, nama pun offline).
  3. Document Scanning - Ini paling saya suka, business card boleh snap, surat - surat boleh snap, snap herot petot pun boleh dibetulkan juga. bagus ke bagus?


Kesimpulannya, jadilah pengguna bijak, haha. Maksud saya, benda boleh tulis, buat apa nak ingat sorang-sorang. haa.. gitu.. Btw, 3 points atas tu cuma kelebihan yang aku suka, ada banyak lagi dan korang patut klik link Evernote untuk tengok sendiri, kehendak orang tak kan sama kan?kalau nak sembang-sembang tanya boleh je email ke Hifzaili tak pun Whatsapp sahaja terus ke Hifzaili la jugak.

No comments:

Post a Comment