Tuesday, May 7, 2019

Melabur dengan Amanah Saham

Assalamualaikum..

Anda pernah dengar Amanah Saham?
Anda pernah melabur dengan Amanah Saham?

Secara kasarnya itu adalah 2 soalan yang akan ditanya kepada setiap prospek. Bukan apa, dari saya cakap

" Tuan, saya Hifzaili, ejen Public Mutual, sudikah Tuan melabur dengan kami?"

Kalau tetiba serbu tanya macam itu, anda nak melabur? Kalau saya memang tak la.

Firstly, kita patut tahu individu itu tahu atau tidak berkenaan Amanah Saham. Tak tahu? Takpe, biar saya terangkan serba sedikit. Amanah Saham atau nama Englishnya Unit Trust adalah satu kaedah pelaburan bagi jangka masa sederhana ke jangka masa panjang. Apa maksud jangka masa sederhana dan panjang itu? Bagi tempoh pelaburan minima tiga tahun ke lima tahun atau lebih lama. Kalau nak jangka pendek, boleh cuba pelaburan Saham.. tetapi risiko nya tinggi.

Secondly, kemana pula duit yang akan dilaburkan? Duit pelabur akan dilaburkan kan fund-fund yang dibuka oleh institusi kewangan seperti Public Mutual contohnya. Fund-fund ini pula akan dilaburkan kedalam pasaran saham atau ke tempat tempat pelaburan yang sah disisi undang-undang, dan bagi saya, saya cuma fokus kepada pelaburan patuh syariah. psss.. nak tahu tak Public Mutual dinamakan "The Most Outstanding Unit Trust Company" pada KLIFF 2019 baru-baru ini.


Seringkas diatas untuk anda ambil tahu berkenaan Amanah Saham. Jadinya, apa yang boleh disimpulkan?

  • Amanah Saham bukan Saham
  • Jangka Masa Sederhana/ Panjang berbanding Jangka Masa Pendek.
  • Patuh Syariah.
  • Patuh Undang-Undang.

Jika anda ingin tahu cara dan bagaimana untuk melabur, caranya senang sekali, klik Saya Nak Tahu.


No comments:

Post a Comment