Assalamualaikum..
Masih segar di ingatan bila mengenangkan saya menghabiskan pengajian Diploma Teknologi Maklumat di Kolej Cosmopoint cawangan Sungai Petani, Kedah.
Setiap hari seawal jam 4.00 pagi saya sudah bangun dan menyiapkan diri untuk membuka kedai mee dan koay teow di Pasar Awam Kepala Batas, Pulau Pinang. Sememangnya saya kena buka awal sebab pukul 5.00 pagi pun sudah ada pelanggan yang menunggu. Ada yang nak masak untuk kantin sekolah, kolej serta kedai-kedai makan yang menyediakan sarapan pagi. Lupa nak beritahu nama syarikat.. MBS Semangat Maju nama nya.
Pada awalnya agak sukar, tetapi bila dah hampir masuk tahun ketiga. Orang kata alah bisa tegal biasa. Menjadi rutin saya jadual harian ini hampir hampir empat tahun juga la.
Dalam masa itu juga, selepas habis kerja dalam pukul 11.00 pagi. Saya akan pulang ke rumah untuk mandi dan seterusnya amik bas untuk ke Kolej. Selalunya saya akan amik kelas petang kerana untuk kelas pagi susah nak pergi awal. Tetapi kalau dah terpaksa ambil kelas pagi, minta kebenaran balik awal dengan boss. Kalau tak boleh elak, datang juga petang, directly jumpa lecturer untuk input semasa kelas. Pentingnya disini adalah bagi semua orang sekililing anda paham situasi anda. Benda boleh mudah, kenapa bikin susah.
Sewaktu kerja dan belajar ni sebenarnya duit bukan ada sangat. Ada satu ketika, terpaksa tangguh semester kerana tak cukup duit nak bayar yuran pengajian. Apa boleh buatkan.. Kita bukan orang senang.
Sampai la satu ketika orang dikampung tanya kenapa dah tak nampak pergi kelas. Saya jawab takda duit nak sambung belajar. Entah bagaimana diorang arrange, dapat la sponsor sebanyak RM 10,000.00 untuk sambung belajar. Sekitar 2005 tu yuran pengajian Diploma saya cuma RM15,000.00++ secara keseluruhan. Memadai la ada orang nak sponsor kan. Dah la cek disampaikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tak kisah dah duit sumber politik. Yang lebih penting habiskan belajar.
No comments:
Post a Comment